Tuesday, June 7, 2011

Petanda Berbohong



Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.



Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.


Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.



Tukang info>>1001rahsiadiri.blogspot.com

Monday, June 6, 2011

Rambut lelaki VS Personaliti



RAMBUT LURUS

bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.



RAMBUT KERINTING TEBAL

kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

RAMBUT KERENTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah


RAMBUT IKAL MAYANG

bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

RAMBUT HALUS/LEMBUT

bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.


RAMBUT SIKIT

bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

 RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.


RAMBUT TEBAL

 bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri. 

RAMBUT MOHICAN/PUNK
 pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.
RAMBUT BOTAK
open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik 'iT' orang nya..

RAMBUT PALSU

 bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.


Tips Cinta

  1. Tulis surat cinta utk si dia
  2. Urut kaki si dia
  3. Buat la cerita lawak dgn si dia
  4. Belai si dia dengan selembut boleh..belai rambut.. usap pipi dia..
  5. Bawa si dia berjalan-jalan...
  6. Kalau ada buat salah, cepat lah mengaku kesalahan.. jgn buat2 xreti jep..
  7. Ucaplah perkataan cinta kat dia.."i love you"
  8. Focus & jadilah pendengar yang baik tiap kali si dia berbicara
  9. Jadilah orang yang boleh dipercayai oleh si dia
  10. Elakkan komplen..jujur je ape yang anda mahu..
  11. Pandang muka dia tiap kali dia ajak berbicang
  12. Bagi bunga kesukaan si dia
  13. Puji setiap kebaikan yang si dia lakukan
  14. Hulurkan bantuan bila si dia perlukan.. jgn nak malas sangat..taim ni la nak tunjuk hero..
  15. Mintak tunjuk ajar dari si dia bila anda tak tahu.. jgn jadi bodoh sombong
  16. Peluk si dia bila dia memerlukan..Pinjamkan bahu bila si dia bersedih
  17. call si dia jika anda akan terlambat.. jangan buat dia tertunggu2..
  18. Bawa si dia keluar makan malam
  19. Tulis puisi khas utk si dia bukti betapa anda menghargai si dia
  20. Buat aksi kartun yang boleh buat si dia ketawa
  21. Bagi yg dah berkahwin, tanya hubungan intim macam mana yg si dia perlukan
  22. Keluar shopping bersama-sama
  23. Sesekali letak lengan di bahu ketika keluar dating..biar dia rasa selamat..
  24. Suprise kan tarikh nak keluar dating
  25. Buat aktiviti yang si dia suka bersama-sama 
  26. Jadilah Pendegar yg baik
  27. Rancang candle light dinner
  28. Tengok foto-foto lama bersama-sama
  29. Sediakan sarapan semasa dia masih di atas katil
  30. berpegang tangan
  31. Buat projek/assigment bersama-sama.
  32. Gosok belakang si dia utk tenangkan hati si dia
  33. Bagi yang dah berkahwin, mandi la bersama-sama
  34. Bawa gambar si dia di dalam dompet anda...
  35. Rancang sesuatu bila weekend..
  36. Kiss si dia
  37. banyakkan senyum bila pandang wajah si dia
  38. Baca lah banyak info cinta bersama-sama 
  39. Berbasikal la bersama-sama
  40. Suprise kan si dia ngan special attire..
  41. Rancang la berkelah bersama-sama
  42. Ulang ape yg si dia soal sebelum menjawab pertanyaan..takot2 salah dengar..
  43. biarlah anda org pertama yg ucap selamat pagi kat si dia
  44. Sebelum nak mencelah pecakapan si dia, tanya dulu si dia ade masa beberape minit sebelum anda berbicara..
  45. Kirim kad cinta pada si dia
  46. Suprise kan si dia dengan hadiah
  47. Masak makanan kegemaran si dia
  48. Mencuba restoran yang baru di buka bersama-sama
  49. Tanyakan pada si dia ape perasaannya
  50. Beritahu si dia tiap kali anda bangga dengan si dia
  51. Minta pendapat dari si dia
  52. Pasang la lagu romantik ketika bersama
  53. Tuju lagu kat dia..lagu cinta
  54. hadiahkan si dia sejambak belon yang berbentuk hati
  55. lihat matahari terbenam bersama
  56. Main game bersama-sama..
  57. Bagi peluang si dia ajar sanda esuatu yg si dia tahu
  58. tonton wayang yang si dia pilih
  59. mintak pelukan dari si dia
  60. pakai perfume..
  61. Bincang rancangan masa depan anda dgn si dia
  62. Tanya si dia ape yg boleh di bantu jika si dia tgh bersedih
  63. tanya si dia mengenai impian dan mimpi si dia..
  64. Jumpa time lunch bersama
  65. Print foto pemandangan tempat yg korg saksikan bersama dgn saiz plg besar 
  66. Belikan hadiah dari kedai kesukaan si dia
  67. beritahu si sia ape yg anda suka pasal si dia
  68. Belikan si dia perfume baru
  69. Bawa si dia ke tempat yg indah
  70. Kirim kad lawak kat si dia
  71. Beritahu pada si dia masa2 anda teringat kat si dia sepanjg hari yg anda lalui
  72. Belikan si dia mainan yg cute
  73. Puji si dia depan member2 anda
  74. Puji bila si dia berpakaian menarik/cantik
  75. kirim poskad pada si dia
  76. Undang si dia ke sebuah pertemuan rahsia..
  77. Ambil pelajaran yang sama dgn si dia..kalo dah sekelas lagi masyukk...
  78. Beri urutan terbaik utk dia..tak payah pakai kerusi ogawa tu..
  79. Lihat foto yang anda ambil ketika keluar berdua bersama-sama
  80. Rancang percutian dgn si dia
  81. Mendengar dgn terbuka jika pendapat bercanggah..
  82. Belikan si dia perhiasan/brg kemas yg baru
  83. Tonton tv bersama-sama
  84. Dengar muzik kesukaan bersama-sama
  85. Bisik la ayat cinta kat telinga si dia
  86. Beritahu si dia ape yg anda suka si dia lakukan
  87. Urut kepala si dia bila perlu
  88. Bawa si dia tengok konsert
  89. Biarkan si dia tahu yg anda mengambil berat pasal si dia..
  90. Nyanyikan lagu utk si dia walaupun suara anda sumbang
  91. Beli cincin couple utk anda dan si dia
  92. Hadiahkan t-shirt couple utk anda dan si dia
  93. Cium la tangan dan dahi si dia.. kompum dia terharu..
  94. Bila bergaduh elak keluarkan ayat kesat utk si dia
  95. Jangan sebut ayat si dia  tak berguna utk si  dia
  96. Bila berjauhan selalu la contact si dia tnda anda rindukan si dia
  97. Sms la ayat-ayat jiwang yang boleh cairkan hati si dia
  98. Bila dia tgh down jgn tmbahkan masalah si dia.. jadi la ubat penenang utk si dia
  99. jangan cemburu buta...memadailah setakat cemburu biasa.. cemburu tanda sayng..
  100. Cintailah diri dia seadanya..yakin kan dia yg si dia la satu2 nya org yg anda cintai

Sunday, June 5, 2011

Personaliti disebalik gerakan jari jemari...





Setiap ape perbuatan kita ade suma ade maksud personaliti masing2.. selalu kita dgr pasl personalti disebalik zodiak.. sekarang aku nak share ngan korang pulak la personaliti disebalik gerakan jari.. macam2 style la yang korg selalu buat.. tapi korg mesti tak tau maksud personaliti tu.. hati2 gerak geri anda kini boleh menjadi perhatian orang lbih lagi yang da tau personaliti sebalik gerak jari ni.. heee selamat membaca!



Memicit & memegang hidung
Seorang yang tidak mudah tertipu..sangat berwaspada dalam setiap tindakan yang nak dibuat. Pemalu dan susah nak kongsi rahsia besar kecuali org tu sgt dipercayai. Sangat boros n high taste! Tak reti nak berjimat lagi.. suka ikot perasaan..

Letak tangan kat bahu kawan
Degil. Suka ikot cakap kepala sendiri.. boleh dikategrikan lam golongan pentingkan diri sendiri. Tapi masih ada unsur prihatin ngan membe bila member ade problem. Suka membantu. Mudah nak berurusan dgn org seperti ni..

Bermain dgn jari-jemari
Seorang yang tahap humor sgt tinggi. Bole la msuk maharaja lawak.. almaklum pandai buat lawak. Open minded..mudah menerima sebarang kritikan & pendangan org lain tanpa mudah kecik hati. Lambat menerima arahan & sambil lewa.  Baik hati..

Mematah-matahkan jari
Seorang yang Gugup..tak confident bila borak dengan org lain.. confident diri lemah. Adil. Baik hati..suka membantu orang..

Mengigit kuku
Seorang yang kelam kabut. Tak pandai nak mengurus masa. Suka terlupa.. pelupa la.. gugup & gementar bila berbual.. sangat perahsia orangnya

Bermain dgn rambut dan memintal hujung rambut
Suka berkhayal. Seorang yg jenis suka meminta-minta. Bila tak dapat mula la nak merajok.. golongan yang jenis susah nak dipengaruhi. Pendirian yang sangat tetap & sangat keras kepala.

Menongkat dagu
Seorang yang pendengar setia. Rahsia sangat selamat di dalam gengaman dia.. suka dengar masalah membe n sangat setia dalam persahabatan. Namun cepat bosan ngan sesuatu. Agak kedekut orangnya..orang yang sangat berjimat cermat.


Suka meletakkan tangan atas meja
Seorang yang happy go lucky.. pandai meyesuaikan diri  dengan keadaan… sangat cool orangnya n jarang tgk diorg marah.. bukan panas baran baran la. Disenangi ramai & peramah.. suka bergantung kat orang lain.. tidak pandai berdikari…

  
Mengosok-gosok telapak tangan
Seorang yang ramah dan berfikiran matang.. suka berterus terang dan tak suka menipu. Tak main la selindung2..direct to the point… tidak memendam.. mudah memahami perasaan org lain. Suka membantu. Sangat prihatin.

Memutar cincin
Seorang yang sangat menepati janji. Jangan la mungkiri janji. Mang mengamok la depa.. suka cakap lepas n tak pernah fikirkan perasaan org lain. Gemar hidup yang teratur.. tegas tapi mudah dipujuk.. cepat lembut hati.. tak suka org yg putar belit & pembohong..

Tukang info> Majalah Remaja

Ayat yang tersirat dan tersurat perempuan

Kalau perempuan tanya: Hot ke budak  tu? 
Makna tersirat: Sape yg paling hot? I ke, budak tu? 

Kalau perempuan tanya: You da makan ke lom? 
Makna tersirat: Jom makan. Kebulor da ni! 

Kalau perempuan kata: cantik la baju kat sini kan.. 
Makna tersirat: Beli la untuk I sehelai dua. 




Kalau perempuan kata: kepala I sakit loh. 


Makna tersirat: Tolong picit kepala I boleh?. 




Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringat kat ex u?


Makna tersirat: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.




Kalau perempuan kata: Letihnya ari ni. Mana nk msk, basuh baju lagi...


Makna tersirat: Kita mkn kat kedai je la. pas tu, baju ni hantar dobi je tao… 




Kalau perempuan kata: Kita ni lebih sesuai berkwn je. 


Makna tersirat: u ni bkn taste I lah... Tak pahm2 lg ke? 




Kalau perempuan kata: I suka kawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...

Makna tersirat: Hish... I minat abis la kat u... jom la kapel. 




Kalau perempuan kata: I tak kesa kalo mang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. 


Makna tersirat: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu










Uniknya Sofa


Sofa  yang selalu menjadi pilihan ni selalunya sofa yang empuk n terjamin keselesaannya... sekali baring pehh leh wat tempat tido tros.. Lagi hebat sofa tu lagi kaya la tuan rumah tu... Macam-macam trend sofa yang ada.. macam-macam warna ada..macam-macam patern ade.. tapi kan..sofa macam gambar kat bawah ni jarang kita tengok.. agak2 ade tak yang sanggop pakai sofa cam ni??


  • Sofa keranda?? woa kalo aku tak sanggop pakai sofa jenis cam ni... kalo agak2 korg keturunan vampira, buleh la pakai...

  • Haa ni untuk penggemar motorsport... hebat tuh kalo ade sofa camni..



  • ni pun sofa terbaik lah... konon2 dapat feel dok atas race car... 


  • Tema sofa ni keyboard komputer...aku suka la sofa camni... leh la aku main2 sambil lending2 uh


  • pes taim aku tengok sofa banyak poket..kalo pakai sofa ni musti banyak tikus bersarang punya.. yela sambil tgk tv tu msti korg malas nak buang sampah..letak je lam poket tu an...


  • Sofa versi berus gigi... mesti empuk giler an.. cam syoknya org tu lending atas sofa nih....


  • Ni namanya sofa vagina.. upss agak lucah sikit..tapi lawak ah sofa ni... semacam jek..


  • Ni sofa dalam bentuk tin..yang ni aku tak boleh jamin la empuk ke tak... kompum keras kejung an..


  • pehh pedal basikal pun ade orang nak wat sofa... sangat pelik la dunia zaman sekarang..


  • Macam transformer da.. bole bertukar jadi  sofa n katil double decker...


  • Wuihh Unsur sejarah ni... Sofa Rom.. Nampak agak unik.. tapi ade ke orang nak beli?


  • Starfish Sofa... seswai la utk anak ramai... banyak muntot leh sumbat kat sofa ni.. haa jimat ruang tak ya beli sofa banyak2..


  • Tak dapat aku nak bezakan mana satu sofa n rumput.. lebih kurang jep...


  • Uihhh sofa celah kangkang ni... bahaya nih....upsss

  • Sofa bekas telur.. itu kalo takde telur...cuba kalo aku susun telor tu skali... pastu terjun la.. kompum satu badan berlendir... yaksss..



Koleksi bantal yang pelik..

Hari ni aku letih giler.. satu hari keluar.. nak patah kaki aku.. kalo lah aku ade kaki spare part.. lama da pakai kaki spare part bila da lenguh tahap gaban... bila kaki laenguh tahap gaban, aku perlukan katil aku.. Elok je aku masuk umah, aku dengar dah katil memangil-manggil aku.. pehh katil seru nama aku tuh.. tapi nak ke bilik aku tu  kena naik tangga.. bertambah terbelah lima la kaki aku.. kalo tau awal2 aku pilih bilik kat bawah.. jauhnya tangga nak aku daki.. aku renung je dari bawah.. adoiii da  macam batu caves dah..padahal   2 tingkat je pn..

sampai je ke garisan penamat iaitu katil aku, aku terus terjun...splashhhh.. aku mendarat atas tilam aku lalu aku bergolek-golek sambil kuak lentang.. wahhh aku rindu kau katil... hahaha

tetibe aku perasan something.. mana pegi bantal2 aku yang berlambak.. adoiii ni mesti keja adik aku.. suka rembat bantal aku kalo dia nak lepak tgk tv kat hall atas.. aku pun ape lagi.. mengaum la macam singa.. penat punya pasal.. 5min kemudian bantal2 aku dtg sndri pakai kaki adik aku... 

baru la lengkap bila ade bantal2.. letih suma leh ilang 20% bila ade suma kelengkapan utk terbungkang tidoq jap g... heee... 

sebut pasal bantal.. aku selalu terfikir nape bantal asik bentuk petak n bulat je... boring la.. setakat cadar je nak cantik tapi bentuk sama je.. muak ah aku..  so aku selalu imaginasi macam2 bentuk bantal yang aku mahu beli.. baru la syok... cuba bayangkan bantal2 tu ade pelbagai rupa bentuk.. ade yang comel... ade yang pelik.. n ade yang jijik... hahahaha



  • Ni kes.mengidam nak ipad tapi xmampu nak beli... haha bantal pun jadi la.. dapat main ipad dalam mimpi. 


  • Ni aku musykil la... bantal jenis ape ni lampu2.. dah la bentuknua semacam je.. tapi aku andaikan ni bantal utk si penakot yang takot tido dalam gelap... 


  • Alolo manjanya kalo dapat bantal camni.. kalo korg ade balak, mesti dorg jeles kalo pakai bantal camni... yela bantal 2 dpt pelukan korg tiap malam... boleh gak dibuat utk yang rindukan bf.. peluk bantal ala2 bf pn jadi la kan...




  • Ni makan game, main game... tido pn game.... seswai la utk hantu2 game sedunia... 


  • Nampak je macam buku..tapi jgn silap ye.. tu bantal yg sangat empuk...agak2 korg da muak tgk buku kat libry..bawa bntal ni wat stand by... leh tdo  bila da penat.. 


  • Ni namanya bantal selesema... sangat sesuai utk pesakit demam selesema..tak payah susah2 nak amik kotak tisu.. agak2 malas nak tarik, kesat je sambil baring.... haha


  • nyenyak nya bayi tu tido..sesuai utk ibu yang busy.. tak payah nak dodoi2 da.. terus lena bayi 2 bila ade personal asistant pillow cam tuh... 


  • Sekali pandang macam piano... tapi ade suis2 lak.. aku pun tak tau bantal alat muzik ape ni.. aku ni bukan la ahli muzik pn.. 

  • Comel gak.. disket buat pekerja zaman dulu...agak2 rindu nak pakai disket, tido la ngan bantal ni... skang ni orang mana pakai disket dah an.. suma pkai hard disk dah...


  • Pesen ape tido ngan bangkai kepala kuda? bukan bole dipeluk pn..


  • Untuk ulat2 buku..bole lah guna bantal ni.. boleh jadi lampu utk membaca lagi..takdo la rabun mata 2 bace lam gelap...


  • Bantal versi tv.. agak2 kalo aku pasang piring astro skali leh x? leh tgk maharaja lawak... tapi pakai kuali je la... hahaha


  • Elok2 ade remote, nak gak bantal yang bole berfungsi sebagao remote..pemalas sungguh..



  • Ni dorg panggil isleep pillow... konon2 bantal yg teknology tinggi la.. hampeh tol...


  • Agak-agak nak rase bibir angelina jolie cane, try la baring atas bantal 2. .jelas terasa bohongnya...hahaha


  • Kalo makanan pun dah jadi bantal, boleh la makan kat tmpat tido an.. mak aku pantang tol kalo aku  makan dalam bilik..pakai bantal ni kompum semut pn xsgop nak mai... mana larat nak angkat makanan sebosar 2...


  • Agak2 dapat idea tgh malam leh la compose lagu kat bantal ni..itu pn kalo dapat tenaga electric la...


  • batu selalunya keras kejung... sekarang tak lagi.. lompat sakan la kat batu2 ni..tak kan ade pertumpahan darah punya...


  • Sesuai utk orang yg selalu pergi keja/kelas lamabt... bantal ni special skit sbb ade alarm..n cara alarm tu bfungsi..ade vibrate! kompum terjaga pnye la...

  • Gilo komputer ke smpai bantal pun nak ade rupa laptop?

18sx- Harap bersikap terbuka....

  • Bantal jenis ni pun ade ke?? dasat giler... suma 2 buatan jepun... leh tahan org jepun ni... 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...