Thursday, June 9, 2011

Weirdo Table


 
  • Ni la meja hasil idea dr zman2 bush memerintah dlu,...gler hina la...

  • Ni buatan jepun pnya.. macam comel jep.. nasib baik la patung je...

  • Aku suka tgk meja ni... macam puzzle dah.. kreatif gak...





  • Utk letak kat rumah hantu seswai la kot.. tak nak aku simpan tengkorak lam umah.. scary...


  • Haa ni meja yg diperbuat dari enjin real pnya... seswai la utk kaki motor uh..


  • Tadi tengkorak.. ni alien besi la pulak... macam2 la idea dorang ni...


  • 2 in 1..sekejap bertukar jadi meja..boleh gak bertukar jadi briefcase.. buleh pakai ni kot2 nak jumpa client xckop meja kat kedai...hee


  • Meja piramid... ni pun cantik gak.. nampk moden gitu....


  • Haa meja pn leh kuarkan api tau.. tak seswai utk kalo ade budak2...free2 je dorg rentung nti..



  • Ipod nano punya meja.. gler comel la... 


  • Sumo pun leh jadi kaki meja eh.. kalo tgk dr tepi ok la..cuba tgk dari view blakg.. xsenonoh!


  • Haa ni meja yg dperbuat dari sudu,garfu n pisau... macam mana la bleh melekat suma uh...ado magnet kah..


  • Kaki meja yg polik..mang betul2 kaki org dorg reka... dasat...


  • Macam alien vs predator plak...


  • Satu je aku fikir bila tgk nih.. kukuh ke eh? huhu

Wednesday, June 8, 2011

Weirdo Shoe

  • Agakk2 da boring bela  binatang dalam akuarium, ape kata try bela kat kasut plak.. cool siot...haha


  • Sekali pandang mcam rambutan pn ade.. 2 kali pandang macam landak daa.. 


  • Lepas ni kalo nak pegi pasar tak payah susah- nak bawa bakul.. kasut pn ade bakul meh...



  • Nampak cam gelas..tapi ni kasut ye... ni kena ade balance yg tinggi.. 


  • yaksss ade ke yg sanggup pakai kasut camni..giler hodoh la.. kaki sendiri mseti lagi cantik..


  • Kesian tikus 2 dkorbankan dibuat kasut.. masalahnya ade ke org yg sanggup nak pakai?


  • Sangat unik.. tapi pelik la... fesyen ape nih?


  • Pehhh nak pakai kasut ni kena pastikan takde bau kaki la ye.. dibuatnya ade bau hapak.. boleh peng san org yg baunya...


  • Haaa siap ade tmpat simpan gameboy lagi... tak yah susah2 simpan kat beg... stylo abis la..


  • Apoo nih.... kasut yg dkelilingi tebuan eh? haha giler tinggi la..xterseliuh ke pakai kasut cam ni?


  • Comelnya.. leh tak mintak diorang reka kasut mini cooper? haha suka giler keta uh..comel!


  • Mak oih tak payah bawak radio kulu kilir dah.. kat kasut aje da leh play cd.. siap ade speaker lg uh...


  • Macam mentadak mentadu daa..macam tak kukuh je kasut ni...


  • Heee kalau la ade jual kat malaysia... tapi mcam tak elok plak seolah2 pijak rezeki....


  • 2 in 1 ni.. tak payah beli seluar... kasut aje dah sampai ke pinggang,,,


  • banyak nya button.. dibuatnya button tu rosak, direct tercucuk pin tu kat kaki..ouchh mesti sakit...


  • Position yg agak lucah je..hahhaha tak seswai tok bawah 18 thn nih...


  • Zirafah? haa ok gak tu suma org nak jd tinggi bile pakai heel.. leh la org pgil tinggi cam zirafah...



  • Erkkk ni leh la org kata bau kasut cam bangkai ikan.. haa seswai sangat la.. kompun kucing dok follow


  • kasut macam ni pn ade? cam seksa je mao pakai..


  • Kasut pun reti menjelir an... sangat pelik ah...

  • Binatang ape pulak la yg jd sumber inspirasi nak buat kasut ni....


  • Pita ukur pn leh jadi hiasan kasut kah?



  • Speechless jap... akutak tau tujuan kasut ni direka.. utk cerita alice in wonderland kah?


  • Ape pulak la function kat ksut tu.. remote? mp3?


  • Comel lah.. agak2 malas nak jalan, gelunsur kan aje... macm troli pulak...


  • Haaa ni mesti byk pelakon yg kena berlakon sbgai separuh org separuh kambing lam citer narnia tu pakai kasut ni kan.. no wonder la...


  • Aku tak tau nak gelak or puji tgk kasut camni.. yg pasti leh la suruh red riding hood pakai...


  • Sempoa ke? agak2 boring tgh beratur leh la main kira2 ngan sempoa tu eh...


  • Keliru jap... kukuh ke tangga tu? macam papan gelunsur la pulak....



  • ikan pun buleh hidup lam ksut ni... tak payah  letak oxygen ke eh?





Tuesday, June 7, 2011

Petanda Berbohong



Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.



Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.


Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.



Tukang info>>1001rahsiadiri.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...