Showing posts with label ckp byk. Show all posts
Showing posts with label ckp byk. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Tayar kereta pancit!!



ok dah lama gila aku tak update kat blog ni kan... agak berbulan jugak.. biasa ler busy ngan kehidupan sebagai pelajar di kampus shah alam.. ok tu alasan yang sangat boring kan?hahaha

sebonar-bonar cito pasai apo den abaikan blog kesayangan aku ni berpunca daripada
v
v
v
aku terlalu leka main game nih kat sampai kemalasan yang amat-amat nak menconteng blog nih.. wakaka.. 
mana tak nya selagi rumah tu tak cantik, selagi tu aku asyik main semata-mata nak kumpul point simeleon untuk beli perabot.. jeles kot tengok rumah jiran-jiran cantik yang amat... haha seriously game ni sangat melekakan walaupun line internet lembab macam haram jadu...tapi besh!!

ok kembali ke pangkal jalan topik asal... saje je nak share pasal pengalaman aku siang tadi.. semua orang mesti pernah mengalami situasi pertama kali aku ni kan..

waktu kejadian : 6 petang
lokasi kejadian :tasik titiwangsa
punca-punca    : tidak diketahui

yee kereta kesayangan aku pancit siang tadi... tapi takde la pancit macam kat gambar atas tu... saje nak pakai pic over sikit.. hahaha 


haaa tu la pic sebenar tayar kereta aku pancit... flat abis kan?

al-kisahnya begini.. aku memandu dari rumah nenek aku kat selayang.. masa kat higway mrr2 kat area uptown gombak tu aku sedar macam bunyi meletup pastu bunyi ada benda berlanggar keliling tayar belakang.. tapi bunyik tu kejap je.. 

so aku ingat ade binatang terbunuh kat tayar aku la kot.. aku pun teruskan la perjalanan ke tasik titiwangsa seperti biasa.. konon nak jogging ar kan... 

tengah tekun aku mencari parking, (punya ar susah cari parking kat titiwangsa time public holiday..) 

sekali ade sorang brader ni tegur ikut tingkap kereta dia. dia la yang inform aku pasal tayar kereta aku...  

*ok aku naik panik dah ni.... (0.o,)**&^%$#@$#%$  mana aku nak cari tayar??

 tu la  degil kan dah tau tayar dah lama botak masih nak pakai...

aku park kan kereta dpn pondok pengawal UKM..  aku cek pehh teruk dah bhaii.. macam mana aku boleh lepas bawa sepanjang higway tadi..  nyesal aku tak cek awal-awal lepas dengar bunyi meletup tadi... 

aku cek bonet, pehh mujur ada spare tyre.. aku kuarkan equipment utk ganti tayar dengan penuh semangat ni.. 

*alamak macam mana nak guna jack ni???
 first time tayar kereta pancit.. dulu mse pakai motor kalo pancit tolak je sampai ke bengkel..

aku perasan ade brader ni dok tengok-tengok dari jauh..tolong tengok kot...

puas aku godak-godak jack tu.. kenapa la dia tak naik langsung.. macam main puzzle aku rasa masa nak pakai jack tu.. dah la berkarat dah.. padahal tak pernah pakai pun...

partner jogging aku dah dok call ayah dia.. rumah dia dekat...

akhirnya jack tu dapat berfungsi.. aku punya seronok macam menang pertandingan puzzle.. hahaha

ok kereta tu dah tergantung..tugas pertama setel.. aku nak cabut tayar pulak.. ok part ni aku terasa cam bodah gila.. kitorang punya semangat kerat empat tulang pulas benda alah bentuk t  tu kat tayar..sampai berpusing tayar tu..tapi skru tayar tu tak nak gak cabut.. 

pastu tetibe brader yang dok tengok-tengok dari jauh tegur... akhirnya dia datang tolong gak.. heee lega sikit... 

dia kata cabot skru tayar tu dulu baru pakai jack tu...

*pehh malu siott sebab salah step!! hahahaha 

dia pun tolong la cabotkan skru tayar kereta aku yang ketat nak mampus tu... terima kasih brader!! wapon aku tak tau nama beliau...

pastu tugas selebihnya ayah partner jogging aku ngan adik dia  yang setel kan.. hero mang selalu lambat muncul..  hee

ok aku ingat semua da setel bila dah siap pasang tayar...

rupa-rupanya tayar yang dah siap dipasang tu takde angin...

*pehh ni tayar abad bila ni?? sampai takde angin.. dah la botak.. aduiiii... nak kena ganti tayar jugak ke?? 

nasib baik ar stesen minyak dekat.. aku teruskan niat aku pergi jogging dlu.. niat mesti dilaksanakan juga... kalo tak sia-sia je datang..

habis aku jogging aku pergi pam tayar kat stesen minyak shell...   

harap-harap nyawa aku tak tercabut la kalo pakai tayar botak ni.. 
dah la botak pastu alignment lari pulak tu..

 aku mana reti bab kereta ni... drive aku reti la.. bab servis mang aku failed.... 

tapi pengalaman tayar pancit ni mang syok la... seronok sangat sebab aku dapat belajar guna jack! hahaha

tapi sakit sungguh bila aku faham sesuatu punca disebalik tayar pancit dan tayar yang botak...

moral of story> mencegah lebih baik daripada merawat..sayangi lah nyawa anda..
assalamualaikum.....






Saturday, August 6, 2011

nak tau beza berkaca mata or lens tak?



kali ni cara nak tengok lain sikit... guna medium lain... 

nak tau tak beza orang pakai spek ngan orang pakai lens?

almaklum tuan punya blog pun pakai lens jugak tapi xde la lens yang warna warni tu..

betul nak tau? haa mai mai klik ayat biru kat bawah tu.. 

dijamin takkan kecewakan korang suma... mai lah tengok.. 

seyes lawak!

nak join contest pakai lens pun boleh... 

mudah... amik pic berkaca mata ngan pakai lens pastu post je kat web di bawah tu....

hadiah lumayan!!

Voted for my favourite contestant – really hoping to win a Suzuki Alto! #FreedomToLookHot

Friday, August 5, 2011

Adakah anda dlm golongan sombong & takbur??

yaa selamat berpuasa bagi semua umat islam.. memandangkan ni bulan berpuasa, tetibe rase nak kongsi satu sifat yang mungkin korang tak sedar ade wujud dalam diri sendiri.. lumrah manusia bia dah ditegur baru kita sedar ksilapan kita.. renung-renungkan dan selamat beramal...






Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah (sifat tercela @ keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga.

Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina (Al-Mukmin:60)



Sifat sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain.

Imam Al-Ghazali berkata : Orang yang takbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.

Takbur batin adalah membesarkan diri dalam hati dan ini maksiat hati yang dicela. Contohnya, iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam.Dengan angkuhnya ia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat iblis dan seluruh keturunannya. Takbur juga boleh dibahagi kepada tiga, iaitu takbur terhadap Allah, takbur terhadap rasul-Nya dan takbur sesama manusia. Takbur kepada Allah bermaksud tidak mempedulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.

Takbur terhadap Rasulullah s.a.w ialah enggan mengikut petunjuk dan sunnahnya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Orang Yahudi pula enggan berbuat demikian kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel. Orang Yahudi berasa diri mereka lebih tinggi daripada orang lain, iaitu takbur sesama manusia. Mereka sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap diri mereka berilmu, kaya dan berpangkat sedangkan manusia dijadikan sama di sisi Allah.

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut mendapat tempiasnya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :


1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.


SOMBONG atau takbur (takabbur) adalah sifat hati yang terkeji (madzmumi) dan merupakan satu daripada penyakit hati yang membawa akibat kebinasaan diri.

Pengertian tentang takbur dapat difahami daripada maksud beberapa hadis yang berikut :

· Rasulullah bersabda, "Dianggap sebagai takbur itu ialah menolak apa yang benar dan mengganggap hina kepada orang lain". (HR. Muslim).

· Bersabda Rasulullah saw kepada sahabatnya, Abu Dzar : "Takbur itu meninggalkan kebenaran dan engkau mengambil selain kebenaran. Engkau melihat orang lain dengan pandangan bahawa kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama dengan darahmu".

· Rasulullah saw bertanya kepada sekumpulan Sahabat, "Tahukah kamu, orang gila yang sebenar-benarnya?" Para Sahabat menjawab, "Tidak tahu, ya Rasulullah". Lalu Rasulullah menjelaskan, "Orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur, memandang rendah kepada orang lain, membusungkan dada, mengharapkan syurga sambil membuat maksiat dan kejahatannya membuat orang tidak aman dan kebaikanya tidak pernah diharapkan. Itulah orang gila yang sebenarnya".

Berdasarkan kisah di dalam al-Qur’an, makhluk yang pertama yang diserang dan menjadi mangsa penyakit takbur ialah iblis (la’natullah). Walaupun diperintah oleh Allah swt, iblis enggan menghormati Adam a.s (manusia dan nabi Allah yang pertama) kerana dia menganggap dirinya
lebih mulia daripada Adam. Katanya, "Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah" (QS 7:12).

Iblis lalu dilaknati oleh Allah swt kerana sifat degil dan takburnya itu. Sekurang-kurangnya dua akibat kecelakaan yang menimpa Iblis kerana ketakburnya :

Sifat takbur itu yang dapat dikesan daripada tutur kata dan perlakuan zahir itu berpunca daripada lintasan hati yang mengandungi rasa tinggi atau besar diri di samping merendahkan mertabat orang lain atau menolak kebenaran.

Mengikut Abu Yazid: "Seorang hamba itu selama masih mempunyai sangkaan, bahwa antara makhluk ada orang yg lebih buruk atau lebih jahat amalannya daripada dirinya sendiri, maka orang itu bersifat takbur". Lalu Abu Yazid ditanya, "Bilakah seseorang itu dapat disebut sebagai tawadhuk?" Abu Yazid menjawab, "manakala ia tidak tahu bagaimana kedudukan serta keadaan dirinya sendiri".

Lawan sifat takbur itu ialah tawaduk (tawadhdhuk atau dhi'ah), iaitu lintasan rasa rendah dan hina diri, termasuk pernyataan perbuatan dan lisan. Dengan menyuburkan sifat dan sikap merendah diri dan pasrah kepada Allah, seseorang akan dapat mencegah penyakit takbur dan juga ujub.

Takabur  ada kalanya bersifat umum dan ada kalanya bersifat khusus.

Adapun Takbur Khusus bersifat tertutup, tidak mahu menerima, malah tidak bersedia untuk menerima kebenaran daripada orang lain.

kita hendaklah sentiasa ingat pengalaman pahit yang pernah menimpa diri kita sejak mula dilahirkan dan sentiasa menginsafi diri kita sebagai hamba Allah, sekurang-kurangnya sebagaimana yang dikatakan oleh ulamak: "Asal kamu daripada setitik mani (nuthfah) yang hanyir. Akhir kamu menjadi bangkai (mayat) yang busuk. Dan, diantara keduanya, sepanjang hayat, kamu menanggung kekotoran (najis) di dalam perut kamu".

Berbeza dengan sifat-sifat hati lain yang hanya mencederakan amal ibadat dan memudaratkan perkara "cabang" sahaja dalam agama, takbur memudaratkan perkara "pokok", mencederakan agama dan akidah.

Sekurang-kurangnya takbur mengakibatkan empat kebinasaan:

· terhalang daripada mendapat sebarang kebenaran dan buta mata hati dalam makrifat terhadap ayat-ayat yang mengandungi pengertian tentang hukum dan hikmat Allah. Allah Taala berfirman, mafhumnya: Aku akan memalingkan mereka dari ayat-ayat-Ku orang yang menyombongkan dirinya (takbur) di muka bumi tanpa alasan yang benar. (QS 7:146) Demikianlah Allah menguncikan hati setiap orang yang takbur lagi sewenang-wenang. (QS 40:35)

· dimurkai dan dibenci oleh Allah Taala, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang membesarkan dirinya (takbur). (QS 16:23) Diriwayatkan : Nabi Musa a.s telah bertanya kepada Allah, "Hai, Tuhanku. Siapakah di antara makhluk-Mu yang paling Engkau murkai?". Allah Taala berfirman, mafhumnya: Orang takbur hatinya, kasar lidahnya, terkelip-kelip matanya, bakhil tangannya dan jahat perangainya".

· mendapat kehinaan dan deraan di dunia sebelum di akhirat. Bermadah Khatimul-Asham, "Jauhkan dirimu daripada mati dalam tiga keadaan, iaitu takbur, loba (tamak) dan ujub. Sesungguhnya, orang yang takbur itu tidak dikeluarkan oleh Allah Taala dari dunia sehingga dia diperlihatkan dulu penghinaan ke atasnya kepada sekurang-kurangnya keluarganya sendiri. Orang yang loba tidak dikeluarkan dari dunia melainkan setelah merasa amat memerlukan secebis roti dan seteguk air kerana terlalu lapar dan dahaga tetapi tak lalu ditelannya. Dan, orang yang ujub juga tidak dikeluarkan dari dunia melainkan setelah diperlihatkan dirinya bergelumang dengan air kencing dan tahinya sendiri". Gambaran penghinaan di akhirat pula terdapat dalam hadis daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, Rasulullah bersabda : "Orang-orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti kumpulan semut, dipijak-pijak oleh manusia kerana hinanya mereka di sisi Allah Ta'ala".

· diseksa di akhirat dan dimasukkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah Taala (tersebut dalam Hadis Qudsi), mafhumnya: Kebesaran itu selindang-Ku dan 'adzmat (keagungan) itu kainku. Sesiapa merebut salah satu daripada yang dua itu, Aku masukkan dia ke neraka Jahannam.
Rasulullah bersabda : "Tiada akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi daripada sifat takbur" (HR. Muslim).
Mengikut hadis yang lain, Rasulullah bersabda : "Wahai Abu Dzar, barangsiapa mati dalam keadaan hatinya ada sebesar debu sahaja dari sifat takbur, dia tidak akan tercium bau syurga kecuali apabila aia bertaubat sebelum maut menjemputnya".

Biasanya faktor yang menimbulkan rasa takbur di hati seseorang itu ialah sesuatu kelebihan atau keistimewaan yang dimilikinya. Banyak faktornya. Antaranya sebagaimana yang disenaraikan oleh Imam al-Ghazali, iaitu : Ilmu, ibadah / amal, keturunan, kejelitaan atau ketampanan rupa paras, kekayaan harta benda, kekuasaan / kekuatan dan ramai pengikut / kaum keluarga.

Friday, July 1, 2011

10 aksi yg menggangu dlm panggung wayang..



Banyak perkara yang aku nak kongsi la adegan2 yang menyakitkan hati bila kita tengok wayang... aku rasa semua alami benda yang sama betul tak? agak2 yang mana korang penah terkena? semua ni dari pengalaman aku jugak la...


  • Pengulas cerita

Tengah syok-syok korang tengok wayang, ade pulak makhluk yang jadi pengulas cerita tu... hello ingat ni kat rumah bapak kau ke... kalau cakap slow-slow takpe la jugak... ni satu kilometer boleh dengar... agak-agak la.. kau tengok wayang bukan sorang.. ramai lagi bayar tiket wayang tu... nak komen macam2 tu tunggu la lepas abis cerita tu abis..menganggu gila.. bajet bagus sangat eh bila jadi pengulas tak bertauliah ni?

  • Bau stoking
Mahu sesak nafas kalau nak tengok wayang dgn kurang oksigen macam tu... kalo tengok cerita melayu leh la thn dalam sejam lebih...kalo time tu tengah tengok cerita hindustan? 4 jam woo kena tahan... silap haribulan buleh masuk wad sebab kes (dialog sepah) haaaaaa semput...

  • Handphone
Yang kaki sms tu...takkan la time tangok wayang sibuk nak msj... kalau pakai hp touchskrin snyap la gak.. kalo yang pakai hp keypad keras nak mampus tu... bising kot ketak ketuk bila menaip uh... kalah bunyi orang mengunyah popcorn... lagi satu yang jenis suka jawab panggilan... kalau sekejap takpe la gak... mungkin dah emergency nak wat cane an... tapi yang jenis businessman ni.. ape salahnya korang bangun cakap kat luar panggung... ni bercakap mau pecah gegendanga telinga yang dengar... hilang fokus nak tengok cerita... yang paling penting, tolong la make sure hp korang silent... menganggu tau tak... 

  • Kentut
Tips>> biar kentut berbunyi, jangan kentut silent killer! sebab selalunya kentut yang kuat ni takde bau pun.. n bukan orang dengar... tapi yang silent killer ni yang dasat... satu panggung semerbak bau yang agak kurang sekolah baunya....

  • Pencuri tempat duduk
dah nama korang tu beli tiket... dah sah2 la tiap tiket tu dah ade nombor seat tempat masing2... ni degil nak mampos.. nak jugak duduk tempat orang... kalau tempat tu mang betul2 xde orang takpe la jugak.. ni duduk tempat orang...pastu nak tunjuk gangster halau suruh duduk tempat lain..mcm nak menegakkan benang yang basah... aku agak benggang gak la bile dia  xreti2 nak alih muntot yang lebar tu kan... bila  nak mencari tempat duduk dalam gelap, ape pun tak nampak.. da jumpa tempat duduk mesti la main duduk je..sekali ade pulak perut boyot aku tersentuh... kalau perut orang mengandung aku tak mrah pun... ni perut yang lebih kurang sama je ngan perut org mengandung....adoyaiiii.... 

  • Gosip
Haa ni lagi satu kes yang mulut tak leh nak senyap... sibuk nak bergosip dlm wayang tu..gosip pasl pelakon lam citer tu la...gosip pasl kwn la..haa  mang la aku beli tiket wayang ni semata2 nak dengar gosip ko je... bukan utk tgk cerita tu pun... macm la tak leh nak gosip lepas tgk wayang... 

  • Aksi 18sx
dah nama korang masuk wayang 18sx punya..mesti la ade aksi2 yang agak tuuutt sikit.... dah sah2 la yang masuk pun suma dah cukup umur..tapi nape masih ade yang macam tak cukup umur je? asal ade pelakon seksi sikit mula la pewiit laa... bunyik2 yang gila batak! woooo... haa lebih kurang mcm 2 la bunyik nya... padahal alaa 18sx kat wayang ni pun banyak da tapis2... macam la tgh tgk cerita porno... aku pelik la nape masih ade spesis batak macam tu..diam2 tengok xleh eh..

  • Pasangan bercinta
ok yang ni aku cuma nak tekan kan bab yang maksiat je... kes yang tuuttt.. senang cakap get a room la brader... aku beli tiket bukan nak tengok or dengar aksi korang.. kalo tak nmpak pun bunyik tu tak leh cover tak guna gak... haaa tu yang kes berat... yang ni kes bergesel.. ok kalo nak bergesel takdo pun JAIS nak cekup dlm wayang tu..tapi kalau korang dah duduk sebelah famliy... ade budak kecik.. ade orang tua.. hormat la sikit diorang.. tak malu ke nak bergesel depan or sebelah diorang? selitkan la sikit sifat sivik dlm diri tuh... 
  • Tendang2 seat depan
tau la kaki korang panjang... tapi toksah la asik menendang2 seat org dpn... gila mengangu mehh... kalau takde orang, nak letak kaki atas seat pun sangat dipersilakan... takde sape nak marah... ingat la bukan kau sorang bayar tiket wayang uh...  

  • Berkeruh
Haa yang ni mesti kes dapat cerita yang bosan... kadang2 mang kita mesti tersilap pilih punya... atau pun kes penat..nak tidur tu tak salah... tapi kalau dah tidur macam tidur kat rumah sendri...berkeruh kuat giler sampai mengangu orang lain nak tgk, mang agak kurang sopan la.. mang bunyi sound system wayang tu kuat, tapi tak mustahil la org sebelah akan ternganggu dengan bunyik sound background korg tu...

hurmm actually banyak agy kes yang selalu buat kita terganggu masa tengok wayang.. mang la korang da bayar tiket wayang tu..korang buleh wat ape je..tapi kalo smpai da menggu orang lain yang pun bayar tiket wayang jugak, tu baik la korang hentikan... orang lain pun ade perasaan jugak.. kita hidup 1 malaysia... hormat la orang yang menonton wayang jugak.. peace yawww....

Monday, June 27, 2011

Situasi yang membosankan..

Bosan? boring? 1 maksud 2 bahasa.. yeee aku nak cakap pasal boring sebab aku dah boring mengadap blog hari-hari.. aku nak tukar template len tapi tak jumpa lagi yang berkenan di hati... ok sekarang aku nak share la sikit, situasi yang akan membosankan korang.. check it out..

  • Nombor giliran
Menunggu nombor giliran di kaunter..korang ambil nombor giliran pkul 11.a.m.. sekarang dah pukul 4p.m.. Bila tengok current nombor giliran, ada lagi 50 nombor baru sampai nombor korang.. nak duduk menunggu pun tak cukup kerusi.. jenuh la berdiri satu hari..mesti baran saka waris jaris hantu akan merasuk satu badan kan?

  • kesesakkan lalu lintas
Tersangkut kat kesesakan lalu lintas. tersangkut pulak kat higway.. memang higway ni memendekkan perjalanan..tapi kalau trafik jem, pun boleh jadi memanjangkan perjalanan. nak patah balik jarak setiap exit bukan dekat.. nak tak nak terpaksa redah.. dapat pulak sesak yang tahap gaban.. kalu dapat bergerak 20km/h tu kira ok la tu at least gerak.. kalau yang tiap 5 minit baru dapat gerak 1 meter tu macam mana pulak? 



  • channel astro
mang la syok bila ada astro... macam-macam ada... tapi yang tak syok nya, dalam sehari, 3 kali la diulang balik.. waktu pagi, petang dan malam... hari-hari benda yang sama je kena tengok.. tu tak termasuk drama lama yang dah abis da sampai last episod..tup2 diulang balik dari episod 1... berape kali nak ulang daa.. cari la cerita baru.. 

  • Gila Facebook
Ni yang kaki online.... buka mata mengadap facebook... sambil tengok tv pun nak mengadap facebook.. on9 sampai naik lebam la mata tu.. tak le lekang walau pun seminit. bila dah nak msuk tidur baru la reti nak off9.. kalau banyak respon takpe la jugak.. ni asal tengok kat notification pehh mang la byk sampai 10.. tapi semuanya pasal event pasal like n join contest kat blog... pastu notification  pasal status yg d sharekan kat macam2 group yang korg join.. lagi satu pasal tag picture dari orang or dari kedai2 on9... takde satu pun notification yg ade kaitan ngan diri sendiri... 

  • study giler hard
mang la sebagai pelajar kita kena belajar dan belajar sampai pandai.. Tapi kena ikot time la.. ni dari pagi sampai malam asik mengadap buku jep.. makan pun tolak tepi.. stay up pulak sampai 3 4 pagi.... kalau semua tu dapat masuk otak, anda mang genius la.. tapi ape2 pun kesihatan kena la jaga... nak otak yang cerdas, kena la ade badan yg sihat dan cergas jugak... sedut udara yang segar..kasi refresh otak tu...kalau dah asik paksa otak tu menghafal segala dalam buku setebal dictionary oxford tu dari pagi sampai malam..tak ke seksa  otak cam tu... otak pun nak rehat... 

  • Saman
Selalunya saman ni orang panggil surat cinta.. kalau dalam sebulan korang dapat banyak saman, saman tak letak lesen P, saman tak pakai helmet, saman tak pakai side mirror..tu kalau motor.. kereta pulak saman faveret tak pakai tali pinggang keledar, speed limit, parking kat tempat dilarang parking... banyak lagi la... kalau dalam sebulan korang dpat sampai 3 saman, tak pasal2 duit terbang... sekarang saman mana ade diskaun dah... kalau tak bayar, jadi black list plak.. 

  • Mesin ATM
Tengah elok korang bersemangat nak pergi keluarkan duit kat mesin atm boleh jadi peperangan jiwa bila ade 2 mesin atm. ATM A tgh beratur 3 orang. Mesin ATM B ade sorang je.. mesti pergi kat yang sorang.. mesti cepat punya... tunggu punya tunggu yang beratur 3 orang abis dulu.. sebab ape? Yang beratur dpn korang tu baru la nak keluarkan num pin dari dompet.. pastu terhegeh2 nak keluarkan kad.. dah masukkan kad.. tengok baki dulu... amik masa 5 minit nak keluarkan jumlah duit.. tengah nak tekan jumlah nak keluarkan,alamakkk  kad kena tendang pulak sebab salah letak nombor pin.. aduiii..kena buat balik.... jenguh tunggu kalau ada orang jenis macam ni....

  • Pam minyak
kes yang ni lain sikit.. selalu waktu sesak kalau pam minyak terhad n time tu la semua nak isi minyak jugak... mang beratur la gak menunggu... dapat yang cepat ok la.. kalo dapat orang yang penggerakan perlahan.. yang time tu la nak swap kad siap cari num pin kat dalam dompet..alamak  num pin kat dlm keta.. haa cari pulak kat dalam kereta..pastu time tu la nak bukak tangki minyak..adusss ketat, mintak tolong kat brader sebelah.. isi sampai penuh..dah habis isi ingat da setel...adui pergi masuk lam kedai..nak beli barang makan kunyah2 lam keta. dah habis bayar, alamak terlupa surat khabar...masuk balik g beli... dah bayar semua, nak bukak pintu kereta, alamakkkkk tertinggal nak amik resit tadi..nak claim balaik duit kat bapak.. aduuyaaaii kalo 10 orang macam ni kat stesen minyak, mang bangkrap la tokey minyak tu....

  • Cashier
cashier ade macam2 jenis kategori..  yang paling tak boleh tahan kalau masuk kedai yang lenggang.. cashier ada banyak masa terluang... sempat sms... sempat gayut..kalau nampak customer mana reti nak berhenti pegang handpone tu...dia sudahkan dulu kerja sms or gayut tu dulu dlm 5 minit... pastu nak scan satu2 barang.. mesin scan rosak.. jenuh la dia lap2 barcode tu bagi senang bace.. tak buleh jugak.. dia bukak buku keras or buku log yang ade semua jnis kod barang yg dijual..aduii nak cari pulak barcode dlm buku yg tebal tu... ok lpas 15 min baru jumpa..scan barang lain pulak.. ada customer lagi kat belakang tu..bila buat kerja sambil lewa, sesukahati dia scan barang yang org belakang punya.. aduiii kena cancel balik... scan balik semua balik semula... pehhh nak start balik keja dia yg terhegeh2 tu? ok semua dah scan...tinggal nak bayar pulak..korang selalu tak tengok muka cashier tu mendengus kalo kita takde duit kecik? yelaa kadang2 baru cucuk duit.. bila masa pulak mesin ATM tu bagi duit singgit ngan RM5 an... selalu standart orang mesti keluarkan RM50.. Bila nak bayar kat cashier, bawah RM10...mana nak cekau duit kecik.. Haa mula la Cashier tu mendengus... tarik muka 18... satu rule diorang patut tahu.. customer always right... sesukahati nak marah customer pulak... aduuyaiii...

macam mana? setuju atau tak? tapi tak semua la dapat aku kongsi.. idea dah  haaaa semput... peace yaww...

Saturday, June 25, 2011

Nilai Duit Lama & RM50 Kemerdekaan

Kalau korang pegang duit RM50, RM1,RM 100 or semua duit mata wang malaysia.. mesti bagi korang alaa duit sama je macam duit biasa.... yang biasa tu sebernanya duit yang mempunyai tandatangan gabenor terkini, Gabenor Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz..cuba perhatikan tandatgnnya...

Yang  LUAR BIASA tu duit yg bukan tanda tangan gebenor sekarang...  Gabenor Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman .. alaa duit tandatangan ni dulu ade desas desus kononya duit bunian.. padahal bukan pun.. tapi nilai duit tu yg org buru…cube tgk tandatgnnya.. haa bkn tandatgn Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz...lain an? haa duit cam ni la yg jauh lebih bernilai.. takpun gabenor zman dolu2.. lagi lama duit tu, lagi bernilai duitnya...




bygkan duit  RM 1 yang ade tandatangan gabenor Aishah, aku tengok kat kedai jual duit lama kat Maju junction, dijual dgn harga RM30!  Semata2 sbb tandatgn gabenor aishah… itu baru RM1… Cuba bayangkan berape korang boleh dapat dengan duit RM50?


  
lagi satu pulak RM50 cetakan sempena 50thn kemerdekaan...Wang kertas RM50 edisi kenangan sempena sambutan 50 Tahun kemerdekaan Negara (1957-2007). Mula dijual di cawangan BNM pada 26 Disember 2007.. yang bezanya not RM50 tu, ade simbol 50thn kemerdekaan.. ok tu perbezaan yg pertama, iaitu dari segi design..  beza kedua nya pulak dari segi nilai nya.. kalau korang  tak percaya, pergi bawa duit RM50 yg ade simbol 50thn kmerdekaan tu kat bank negara.. tau tak berape korang buleh dpt? RM 100! aku tak tipu punya... so kalo korang dpt RM50 camtu, cpt2 la tukar! heee

 Tu la salah satu keistimewaan duit.. bila dah jadi limited, naik harga berganda2...  lagi2 duit lama... nampk je buruk.. tapi nilainya pehhh kita sndri tak mampu nak byr... so lepas ni kalau terjumpa duit yg special ni agak2 korg nak pakai atau nak simpan?

sumber ilmu>> 

Thursday, June 23, 2011

Rumah berhantu RM50 seksyen 2 shah alam..

 Ni kisah benar..rumah berhantu kat seksyen 2 shah alam... tapi yg ni aku copy kat forum jep.. aku xigt da nama web forum tu... pastikan korg xde sakit jantung or lemah jantung bila bace ye... selamat membaca!


9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].
Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.
Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....

Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.
Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea . Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.
Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.
Mlm tu kitorg kna lg teruk.
Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.
Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.
Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.


Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!

Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki ak yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?
Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.
Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.
Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......
Aku demam 3 hari.
Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.
Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?
Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..
Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah ..



Wednesday, June 15, 2011

Bila si dia merajuk


Merajuk? selalunya kalau dah tahap merajuk ni, tu tanda dia kecik hati ngan korg la 2... agak2 dia tetibe dah mula mucung, senyap tanpa berita, tak bls sms, tak jawab call, layan pun cam nak tak nak je.. haa tu maknanya dia tgh merajuk la 2.. kalo dia merajuk pun korg tak perasan, mang parah la...

Tanda kedua pulak sebab mintak di pujuk la... ada jugak yg nak perhatian dari korang la..  yela selama ni korg busy memanjang sampai tak de masa utk dia.. tak mustahil dia tetibe merajuk tanpa sebab..

Selidik punca & situasi
mesti ade sebab kenape dia merajuk.. tengok keadaan dulu..  selidik punca kemarahan dia. selidik tahap kemarahan dia.. ushar2 la  line korg ade peluang nak pujuk balik or tak..

Jangan Melenting/Marah
jangan marah dia... ye maybe dia merajuk atas salah faham... tapi kalo dia salah faham jangan la sesuka hati korg nak marah balik.. tu lg menegangkan keadaan ade la...kadang2 bila dia kecik hati tu, mesti ade benda yg salah dimata dia..

Bagi Ruang kat dia..
Haa ni korg kena tengok dulu termometer kemarahan dia.. agak2 suam kuku je, tu ada chance la nak baik2 balik ngan cpt..Tapi kalo yg da thp tinggal nak meletus je tu, ada baiknya korg rilex dlu.. jgn gelojoh... biar dia sendirian dlu.. bagi dia masa utk tenangkan fikiran.. Tapi jgn biar lame2 sgt... nanti dpt yg kaki menghasut dia tu payah la plak kang.. kalo buleh jgn lebih 3 hari..

Slow talk
bawa la berbincang.. cakap sesopan yg boleh.. penuh lemah lembut n jangan sesekali tinggi kan suara.. time ni la tunjukkan gentleman korg tuh.. lebih afdal secara face to face.. tapi kalau jarak jauh, call la dia... kalo dia tak nak jwb call korg, cukup la sekadar sms.. guna la ayat yg boleh cairkan hati dia.. bkn jadi sweet talker tapi bagi la ayat yg boleh lapangkan dada dia.. yg boleh tenangkan dia.. yakinkan dia yg korg da menyesal n janji takkan ulangi perbuatan korg..mgkin ade yg dapat respond yg lambat.. kena bykkan bersabar la.. masa slow talk tu, pegang bahu dia.. atau pun pegang tangan dia.. biar dia rasa selamat bila nak meluahkan.. kalau perlu, peluk la dia..

Eye contact
Penting! sebab tu bukti keikhlasan korg... masa bincang ngan dia, pandang mata dia.. tunjuk kat dia kesungguhan korg nak minta maaf... sebab mata tak pandai menipu... kalo dia jenis terbuka selitkan unsur lawak.. ketawa boleh redakan perasaan marah.. elok2 dia tgh marah, bila dah ketawa, mcm mana la dia nak smbung marh dia..

Minta maaf-mengaku kesalahan
jgn ikotkan ego korg sgt.. perempuan ni hatinya halus.. rapuh sangat.. biar pun bkn slh korg, minta maaf aje la.. pujuk je walaupun 2 salah dia... ayat minta maaf 2 keramat tau.. boleh cairkan semua perempuan tapi kena la dgn hati yg ikhlas... buang ego jauh2 kalo tak nak hati dia yg pegi jauh.. perempuan suka kan lelaki yg berani mengaku kesalahan..

Bagi hadiah/bunga
Bagi yg poket tebal tu, cuba ambil hati dia balik dgn bagi hadiah ataupun bunga kesukaan dia.. tak pun bagi coklat kegemaran dia..tak kesah la hadiah tu murah or mahal, janji hati korg ikhlas... Lebih menarik kalau hadiahkan dia teddy bear..mesti sejuk tros ati dia...

Buat kad special
Bagi yg kreatif tu, ape kata buat kad utk dia...buat ayat jiwang2 sikit.. cipta la ayat puisi ke sajak ke utk dia... kalo tak reti buat puisi, cari je kat internet...

Nyanyikan lagu
sekarang kan ade byk lagu2 cinta.. pilih salah satu..pastu nyanyi kan la utk dia.. biar sumbang takpe, asalkan dia nmpk keikhlasan korg... bagi lirik lagu pun ok gak kalo korg da segan sangat nak nyanyi dpn dia...

Umpan dia dgn tonton wayang filem kesukaan dia
Kena tau la cerita ape yg dia nak tgk sgt... tipu la kalo perempuan tu tak suka tgk wayg dgn kekasih sendiri..  Bila dah dpt slow talk tu, bawa la dia tgk wayang utk tebus kesalahan korg tu.. kira anggap la tu ganjaran utk dia sbb dpt maafkan korg.. jgn la kedekut sgt plak...

Elak menggunakan ayat kasar
biar la brutal macam mana pun dia, jgn sesekali pakai bahasa kasar dgn dia.. tak bawa ape2 faedah pun.. igt budi bahasa budaya kita... chewaahhh.. hahaha

Elak guna org ketiga
mungkin cerita yg korg nak sampaikan tu akan ditokok tmbah.. tak pun org ketida boleh jadi penghasut.. so better jgn guna org ketiga... kalau boleh dipercayai takpe.. tapi better hal rumah tangga selesaikan dalam bilik je.. jgn smpai satu kampung heboh nak tolong... hilang manis bercinta kalau dari a-z org lain tahu pasal percintaan korg.. biarla ada rahsia antra korg ngan si dia je tau...

AYAT YANG PEREMPUAN BENCI

  • Go to hell
  • perempuan tak guna
  • what ever/ape-ape je lah
  • bitch/sundal
  • yelah lepas ni buat la ikut suka awak
  • pukimak
  • bodoh
  • fine
  • saya peduli ape
  • bullshit
  • go ahead
  • lantak awak la
  • kita clash buat kali ke 10 ye
  • awak ni gemuk
  • awak masak mcm sampah
  • Hoi/weh
  • saya aje la yg salah
  • semua salah awak
  • mengungkit
  • cantiknya awek tu
  • buruknya baju awak
  • dasar perempuan dot dot dot...
  • jalang
  • fuck/suck you
  • pergi mampos 
  • saya da tawar ati ngan awak
  • awak boleh buat, kenapa saya tak boleh
  • kenapa awak dah tak mcam dulu? 
  • awak dah berubah la
Banyak lagi la ayat negatif yg tak sepatutnya di tujukan kat perempuan kesayangan korg tapi 2 semua pandai2 la korang fikir sndri.. yang mana terbaik utk kekasih korg, korg amalkan.. yg mana tak elok tu, elakkan... renung2 kan la.. dan selamat mencuba!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...